SANTAPAN BUKA PUASA ALA DI ISTANA RAJA 2020 @ Villa Istana Melaka

Assalammualaikum & Hi korang

Alhamdulillah, ini adalah kali pertama Yana menulis Ramadhan review dalam blog entry ini. Dan apabila sebut sahaja bulan Ramadhan, mesti ada yang sudah merancang untuk berbuka puasa dengan keluarga, teman-teman, atau teman sekerja sekurang-kurangnya sekali sepanjang bulan Ramadhan kan. Walaupun belum tentukan lokasi, tetapi rancangannya sudah ada, betul tak?

Pejam celik, pejam celik..Tinggal 6 minggu sahaja lagi nak puasa. Jadi Yana nak share satu tempat menarik yang sempat Yana dan keluarga hadiri minggu lepas.

Villa Istana Melaka kembali lagi dengan Sajian Menu Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka dengan menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan bersama aneka juadah yang menjadi ‘Menu Wajib’ pada bulan Ramadan.

Bertemakan Berbuka Puasa Ala Istana & Hotel 5 bintang, Dengan Harga Sangat Bepatutan, korang boleh menikmati juadah berbuka puasa yang dihidangkan secara ekslusif pada 13 “stall” pilihan dan antara menu yang disediakan adalah Nasi Beriani dan Nasi Serai bersama Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, dan sebagainya.

Villa Istana Melaka menjamin sajian makanan yang disajikan sudah semestinya bertaraf 5 bintang bagi memenuhi citarasa ramai. Sesuai dengan temanya, mereka akan memberi layanan dan perkhidmatan yang cemerlang apabila korang menikmati juadah berbuka puasa sepanjang Bulan Ramadhan 2020 nanti.

Bukan setakat menu makanan yang sedap dan menyelerakan, malah Villa Istana Melaka juga turut menghidangkan hawa telinga/ senandung kepada semua pengunjung Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka dengan persembahan hiburan Islami dari Kumpulan Nasyid Unggul SaffOne.

Kepada umat Islam, korang tidak perlu risau untuk keluar pergi mencari surau atau masjid. Ini kerana di Villa Istana Melaka juga menyediakan Bilik Solat Khas agar para pelanggan dapat menunaikan solat Maghrib dan Isyak dengan selesa selepas berbuka puasa.

Bagi mereka yang datang jauh luar Melaka, terdapat juga bilik penginapan ekslusif  juga disediakan untuk pengujung musafir yang ada urusan lanjut di Negeri Melaka Bandar Bersejarah.

Mesti ada tertanya “Bila boleh kami buat tempahan ni?? Berapa pulak harganya?? “

Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka akan berlangsung daripada 25 April sehingga 20 Mei. Korang mesti terkejut sebab Villa Istana Melaka menawarkan Harga Nilai Hebat dan berpatutan.
Dewasa : RM 49/pax
Kanak-kanak & Warga Emas : RM39/pax

Kalau korang buat tempahan awal sebelum 24 April 2020, korang akan dapat harga promosi Early Bird serendah
RM 45 untuk dewasa
RM 35 untuk kanak kanak dan warga emas.

Untuk penjimatan, pastikan korang membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan!

Mengenai Villa Istana Melaka

Villa Istana Melaka, singgahsana mewah yang tersergam indah di Ayer Keroh, Melaka Bandaraya Bersejarah, menjanjikan suasana pinggir bandar yang tenang dan mendamaikan.

Villa Istana Melaka menawarkan kemudahan yang eksklusif serta ruangan yang didekorasi indah bagi penganjuran pelbagai majlis khas dan istimewa untuk memenuhi dan menepati citarasa dan keperluan anda.

Untuk merealisasikan majlis peribadi, keluarga dan korporat, terdapat 2 buah dewan yang didekorasi indah, iaitu Dewan DeFrasia Salao, dewan kaca dengan dekorasi bunga-bungaan dan Kanopi ‘The Garden Concept By the Pool’.

Setiap dewan ini berkapasiti  memuatkan seramai 500 orang tetamu pada satu-satu masa, pastinya selesa dan berbaloi. Bagi memberikan suasana keselesaan dalam urusan korporat, Villa Istana Melaka menawarkan kemudahan Bilik Mesyuarat yang memuatkan seramai 20 orang serta Bilik Seminar berkapasiti untuk 70 orang peserta.

Villa Istana Melaka juga menawarkan 5 buah bilik penginapan mewah serta kemudahan kolam renang yang direka unik dan semestinya setiap detik yang diluangkan mampu melakarkan kenangan indah sepanjang percutian anda di sini.

Suasana kehijauan yang mengelilingi persekitaran Villa Istana Melaka juga bersesuaian untuk dianjurkan aktiviti ‘outdoor’ sambil menikmati panorama dan pemandangan pinggir Bandar Melaka.

Di samping semua kemudahan yang disediakan, Villa Istana Melaka juga menitikberatkan tentang citarasa dan kualiti sajian yang dihidangkan serta perkhidmatan yang cemerlang. Dengan pengalaman selama 14 tahun di dalam bidang perkhidmatan katering dan pengurusan acara, daripada majlis perkahwinan sehingga majlis rasmi, sajian menu yang dihidangkan sentiasa mendapat pengiktirafan kepuasan daripada pihak pelanggan.

Pengalaman ini juga meletakkan Villa Istana Melaka berkemampuan untuk mengendalikan sebarang jenis majlis keraian untuk memenuhi kehendak dan citarasa para pelanggan. Dengan berkonsepkan “in house halal kitchen”, sajian disediakan dan dihidangkan sendiri oleh chef terlatih oleh Villa Istana Melaka untuk mengekalkan kualiti sajian.

Villa Istana Melaka sentiasa berusaha untuk memenuhi impian anda sebagai destinasi terbaik bagi penganjuran pelbagai majlis dan percutian anda.

Villa Istana Melaka….. Your One Stop Hospitality Villa

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

VILLA ISTANA MELAKA

Address :
Lot 11319 PM1313
Jalan TU1, Taman Tasik Utama
Ayer Keroh, Melaka
Telephone : +6 06 – 233 0205 / +6 0162580734
Facebook : @IstanaMelaka
Instagram : @villaistanamelaka


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.